Family Hiburan

Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Sharing is caring!

Sejak kehadiran Siti Aafiyah yang kini berusia setahun lebih, laman Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza sering dihiasi dengan keletahnya yang cukup comel. Satu-satunya puteri kepada penyanyi tersohor ini sering saja mendapat perhatian netizen. Terbaru, satu video lucu wanita tersebut bersama anaknya tatkala sedang melayan peminat tular di laman Twitter sejak dua hari lalu. 

BACA: Cemana Kita Nyanyi Tadi?-Misha Omar Masih Teruja Bersama DS Siti

Aafiyah sempat mintak nenen 

Video tersebut telah dimuat naik di ruangan IG Story milik penyanyi berkenaan sebelum dijadikan kompilasi oleh peminatnya. Datuk Siti yang sedang melayan para peminat bagaimanapun dilihat tersipu malu serta tersenyum apabila anak tiba-tiba merengek mahukan susu. Wanita itu sempat meminta anaknya itu bersabar sehingga beliau menghabiskan rakaman video tersebut. 


Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Tetap layan kerenah anak perempuannya

Walaupun kerap kali dikacau Aafiyah sewaktu merakam video, namun dia masih gigih menjawan soalan daripada peminat. Si kecil itu juga semakin petah berkata-kata serta sudah pandai mengikut arahan ibunya walaupun masih pelat. 

Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’ Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Gelak pun sedap suara Tokti ni

Video berdurasi satu minit setengah itu telah berjaya mendapat jumlah tontonan lebih 149,000 kali beserta 7,600 retweet. Walaupun kelihatan agak gelabah, tetapi gelagat keduanya berjaya mencuit hati netizen yang menonton video berkenaan. Ada juga yang turut memuji suara penyanyi wanita itu yang dikatakan sangat merdu walaupun hanya bergelak tawa dan bercakap seperti biasa.


Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’ Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’ Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Sumber: Twitter Kroolnizam

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak ‘Nenen’

Sharing is caring!