Kewujudan kedai dobi memudahkan urusan orang bujang ataupun para suami isteri yang malas basuh baju secara manual di rumah. Dengan bayaran serendah RM4, pakaian dapat dicuci dan dikeringkan tanpa perlu penat-penat disidai ke ampaian rumah. Tapi bagi seorang doktor ini, dia malah berdepan detik menyeramkan saat berada di sana.
BACA :Â [VIDEO] Ibu Risau Periksa Buku Tulis Anak, Temui 17 Lukisan Kreatif Tapi Seram
Salah satu lampu kat dobi tu pun asyik berkedip, muncul bayang-bayang di kawasan terhadang
Sekitar jam 11 malam, Dr Kamarul telah membawa baju kotor ke sebuah kedai dobi layan diri yang memang kurang orang kerana dikatakan ‘angker’. Sejak awal dia sampai lagi, suasana terasa sepi seakan-akan ada benda lain yang turut menjadi peneman di situ.
Dengan keadaan yang sunyi sepi, kebetulan lampu kalimantan di kedai dobi pula boleh berkedip sentiasa. Tak sangka tiba-tiba matanya malah tertancap pula pada satu sosok bayang-bayang di kawasan terselindung.

Dobi sunyi & cuma dengar dentingan token syiling…Aku yakin kat situ takde orang lain
Saat bermain telefon, tiba-tiba dia mendengar dentingan duit bunyi syiling dimasukkan ke dalam mesin token. Padahal saat itu, cuma dirinya saja yang ada dalam kedai dobi ini. Sudah mula cemas dan kebetulan mesin pun habis berputar, Dr Kamarul segera mengutip baju-baju bersihnya untuk beredar dari situ.
Meskipun cukup yakin di dobi berkenaan hanya ada dia, namun perasaan gelisah terus menyelubungi. Pandangan lelaki tersebut pula terus saja memerhati ke keliling kawasan premis.

Aku dengar hilai ketawa dari dalam mesin basuh…Jantung aku berdegup kencang
Namun saat mahu mengeluarkan baju terakhir, dia menemukan gumpalan hitam panjang yang tidak diketahui dari mana. Sesudah dijengah, alangkah terkejutnya ada satu entiti misteri sedang tersenyum dari dalam mesin basuh.
Enggan terus berimaginasi dengan perkara-perkara yang menakutkan, dia terus memutuskan untuk pulang secepat mungkin kerana bimbang terjadi benda lain. Sehingga sekarang, kejadian tersebut terus menjadi misteri buat Kamarul.

Kredit : FB Kamarul Ariffin Nor SadanÂ
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
