Tengah Malam Anak Terbangun Ketakutan, Esok Dapat Berita Suami Pergi Selamanya

Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan satu berita mengenai nahas jalan raya melibatkan beberapa anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Dalam kejadian tersebut, dua daripada mereka telah kehilangan nyawa di tempat kejadian iaitu Lans Koperal Saifullah Mohamad (32) dan juga Lans Koperal Mohamad Johari Rosli (32). Antara yang paling terkesan daripada insiden tersebut adalah balu Allahyarham Johari apabila suaminya dikatakan sempat menitipkan kata-kata terakhir. 

BACA: [VIDEO] Sayang Lepaskan Anak, Air Mata Bapa Pengantin Tumpah Waktu Akad Nikah

Janji terakhir seorang ayah

“Hari ini ayah last kerja”. Itulah antara kata-kata yang sempat didengari oleh si isteri sewaktu suaminya sedang memujuk anak lelakinya yang berusia empat tahun sebelum pergi bekerja. Kebiasaannya lelaki tersebut akan keluar pada jam 12 tengah malam dan akan berakhir pada jam 6 pagi. Oleh sebab itu anak-anaknya kerap kali tidur lambat untuk bermain bersama ayah mereka. 

Anak terbangun jam 2 pagi, cakap dirinya takut

Namun kira-kira jam 2 pagi hari kejadian, anaknya tiba-tiba terjaga daripada tidur dan mengatakan dirinya ketakutan tanpa menjelaskan sebarang sebab. Bagaimanapun selesai solat subuh, dia mendapat pesanan ringkas daripada rakan-rakannya yang bertanya khabar. Menerusi laporan Astro Awani, wanita tersebut yang mula tidak sedap hati didatangi pula dua orang pegawai yang membawa mereka ke sebuah pusat rawatan tanpa menjelaskan perkara sebenar.

Anggota polis berkenaan sedang bertugas

Kejadian kira-kira 5.30 pagi itu berlaku akibat sebuah lori bertindak merempuh sekumpulan anggota polis yang sedang berkemas sebaik sahaja selesai menjalankan sekatan jalan raya. Selain balunya, Allahyarham Johari turut tinggalkan tiga orang anak yang berusia 4 tahun hingga 11 bulan. 

 

Kredit Sinar Harian

Sumber: Astro Awani

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?