Viral Artis

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Meskipun pasangan kita sudah pergi bertemu Ilahi, kenangan yang sempat dirakam menerusi telefon tidak pernah pudar sampai bila-bila. Dalam siaran radio Suria FM pagi tadi, Shuib, Ajak Shiro dan Suraya Borhan membawakan topik bertajuk ‘Bakti Terakhir’ termasuklah kejadian mengidam para isteri ketika hamil.

BACA : Padan Muka Ibu Dia Dah Takde Anak Shuib Menangis Sedih Diejek Rakan Sekolah

Dia punya mengidam sangat pelik…Masa pergi mall, Sarah suka duduk dekat rak sabun…Nak rasa sabun

Di kesempatan itu, Shuib sempat mengimbau semula memori lama Siti Sarah mengidam teruk ketika kandungan anak pertama mereka. Seakan-akan mengalami fasa pembawaan budak yang agak pelik, Allahyarhamah dikatakan terlampau suka menghidu sabun atau cecair pelembut. Saat mengandungkan zuriat keempat mereka, pelawak itu bersyukur dapat menunaikan permintaan isterinya yang teringin hendak makan daging wagyu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Kalau isteri kita mengidam, suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia

Dalam selingan slot ‘Morning Morning Suria’ itu, mereka sempat memutarkan lagu balada yang pernah dipopularkan oleh Siti Sarah. Situasi itu sempat dikongsikan semula menerusi Instagram Ajak Shiro. Terlihat Shuib berpaling ke belakang hanya memandang kosong kepada telefon bimbitnya dengan sedikit wajah sugul.

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tadi lepas Shuib cerita pasal mengidam & keluar lagu Sarah, saya terus tutup radio…Tak tahan rasa nak nangis

Sempat mendengar radio saat berada di dalam kereta pagi tadi, ramai netizen akui merasa sebak dengan topik perbualan mereka. Sekali gus, mereka terbayang betapa besarnya rasa kerinduan Shuib setelah pemergian Siti Sarah sejak tahun lalu.

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Kredit : IG Ajak Shiro & Suria FM

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tengah On-Air Radio Mainkan Lagu Siti Sarah, Shuib Berpaling Dengan Wajah Sugul

Facebook

Telegram