Isu Semasa

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Sharing is caring!

Sejak diumumkan bahawa beberapa peringkat persekolahan akan dibuka, ramai guru sudah sibuk membuat persiapan. Mereka juga haruslah berhati-hati kerana persekitaran sekolah belum tentu selamat setelah ditinggalkan selama beberapa bulan kerana PKP. Jika tidak, dikhuatiri berlaku pula kecelakaan seperti baru-baru ini.

BACA: Tak Berhati Perut, Lelaki Masukkan 3 Kucing Dalam Mesin Basuh Kini Dicari


Jatuh dari balkoni tingkat satu, alami kecederaan teruk di kepala

Memetik laporan Harian Metro, seorang guru SK Batu Gajah, Tanah Merah hilang nyawa akibat terjatuh dari balkoni tingkat satu sekolah sekitar tengah hari tadi ketika sedang sibuk membuat persiapan sempena pembukaan sekolah esok. Malang tak berbau, lelaki berusia 54 tahun itu ajal di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di kepala.

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu
Kredit Foto: FB Harian Metro

Panjat keluar ke balkoni dan tergelincir jatuh

Guru subjek Matematik tersebut dikatakan sedang melakukan pemeriksaan air di setiap sinki bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, dia telah memanjat keluar dari sebuah kelas ke balkoni sebelum memijak kerusi plastik lalu tergelincir. Insiden berkenaan turut disaksikan oleh beberapa rakan guru lain dalam kelas berkenaan.


Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Pengorbanan seorang guru hingga hujung nyawa

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah atas kejadian tersbeut. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk memberikan pesanan kepada orang ramai supaya lebih menghargai jasa dan didikan seorang pendidik.

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Tengah Sibuk Buat Persiapan Sekolah, Guru Ajal Terjatuh Balkoni Tingkat Satu

Sumber: FB Berita Harian, Ahmad Naim Jamaludin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!