Mistik Viral

Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri

Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri

Sharing is caring!

Penggunaan aplikasi TikTok semakin berleluasa sekarang ini terutamanya di kalangan remaja. Akan tetapi, kadangkala ada juga ‘benda’ yang ingin bergurau atau mahu turut serta ketika individu berkenaan sedang syok membuat video. Tanpa disangka-sangka, ‘mereka’ juga seperti mahukan perhatian sehingga berpotensi untuk memberikan petanda mengenai kewujudannya seperti yang terakam oleh influencer Nur Aisah Israel ini.

BACA: Pintu Loker Tiba-Tiba Terbuka, Pelajar Bongkar Kisah Seram Dorm Isolasi Asrama

Pintu tiba-tiba tertutup sendiri masa tengah menari lagu Jepun

Menerusi aplikasi tersebut, gadis ini telah merakamkan detik yang meremangkan bulu roma beberapa minggu lalu. Aisah yang mengenakan tudung biru gelap dan berbaju belang ketika itu sedang syok menari sebuah lagu Jepun di kediamannya. Tanpa disedari oleh gadis terbabit, pintu sebuah bilik di belakangnya tiba-tiba bergerak dengan perlahan sebelum terkatup sendiri. Mungkin terkejut dengan bunyi pintu berkenaan, gadis kacukan Filipina dan Sabah tersebut terus memberhentikan rakamannya serta-merta.


@nraisahbintiisrael

tengok fokus dekat bulatan merah tu😖 sumpah terkejut betul saya🥶 #fyp #foryoupage #fypシ #sumandaksabah #tiktokhorror #trending #viral #foryou

♬ original sound – nraisahisrael 🇵🇭 – nraisahisrael 🇵🇭

Mula-mula okay je tengok, bila perhatikan  dekat baru perasan ada ‘something

Secara keseluruhannya, video yang berdurasi kurang daripada seminit itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan di aplikasi berkenaan. Selain daripada mengingatkan Nur Aisah untuk lebih berhati-hati, ada juga antara para netizen yang terkejut dan mendakwa melihat kelibat seakan-akan halimunan sedang berdiri di pintu terbabit.

Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri

Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri


Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri

Tengah Syok Buat TikTok, Gadis ‘Cuak’ Bila Pintu Tiba-Tiba Tertutup Sendiri

Sumber: TikTok nraisahbintiisrael


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!