Family Tips

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Sharing is caring!

Adik, tengok TV belakang sikit. Nanti mata rosak kalau dekat sangat.” Dari zaman dulu hinggalah sekarang, inilah dialog yang wajib diluahkan ibu atau ayah terhadap anak masing-masing setiap kali bersantai di rumah. Apabila nasihat itu diendahkan oleh si manja pula, maka mulalah sesi bebelan dan syarahan panjang berhubung keburukan amalan tersebut. Tapi sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Ikuti ulasan yang pernah dibuat oleh saudara Taufiq Razif ini.

BACA: Nampak Selesa, Tapi Amalan Tidurkan Dengan Bantal Boleh Ragut Nyawa Bayi Anda

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain
Gambar sekadar hiasan

Bayi bawah umur 18 bulan dilarang tonton…anak kecil pula perlu diajar disiplin

Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh American Academy of Paediatric, bayi yang di bawah umur 18 bulan adalah dilarang sama sekali daripada menonton alat elektronik tersebut. Manakala bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 5 tahun pula, sebaiknya hadkan tempoh 1 jam sahaja pada setiap hari. Dalam pada itu, ibu bapa disarankan untuk mendidik self discipline kepada anak-anak agar tutup TV sendiri setiap kali habis menonton.

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain


Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain
Gambar sekadar hiasan

Anak tengok gajet & TV hasil perangai ibu bapa…cari rancangan bermanfaat

Jelas Taufiq lagi, kanak-kanak sebenarnya cenderung untuk rapat dengan gajet dan televisyen hasil daripada pemerhatian terhadap ibu bapa masing-masing. ni daripada kita sebenarnya. Maka sebab itulah masyarakat perlu mengawal diri dan biasakan menonton rancangan serta saluran yang bermanfaat terlebih dahulu.

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain
Gambar sekadar hiasan

Tengok TV dekat tak rosakkan mata…tapi boleh jadi petanda rabun


Mengenai persoalan menonton TV secara dekat pula, sebenarnya tabiat itu tidak memberi mudarat langsung pada mata kanak-kanak. Menerusi portal kesihatan Hello Doktor, kepercayaan itu cuma mitos yang telah wujud sejak tahun 1960-an lagi. Realitinya, mereka terdorong untuk rapat dengan televisyen atas dasar perasaan ingin tahu dan tahap pandangan mereka lemah jika dibandingkan dengan individu dewasa. Namun ia boleh jadi petanda awal jika mereka menghidap masalah rabun atau jangkitan sesuatu di bahagian mata.

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Taufiq Razif & Hello Doktor


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tengok TV Dekat Rupanya Tak Rosakkan Mata Anak, Tapi Mungkin Ada Petanda Lain

Sharing is caring!