“Tepuk Dada Tanyalah Iman…” – Doktor Kongsi Kisah Insaf Bertemu Lelaki Mental

Masalah psikologi merupakan keadaan kesihatan yang terjadi disebabkan oleh perubahan emosi, pemikiran dan tingkah laku seseorang sehingga membuatkan mereka mengalami depresi atau kemurungan berpanjangan. Kebimbangan dalam mendapatkan bantuan serta salah anggap masyarakat terhadap gangguan emosi ini juga menyebabkan individu berkenaan tidak mendapat sokongan sosial. Perkara tersebut turut dikongsi oleh  seorang doktor bernama Nimelesh menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

BACA : Bisnes Lingkup Ditipu Rakan, Bapa 3 Anak Tertekan Sampai Otak Direnjat Elektrik

Sebenarnya penghidap mental mampu hidup macam orang normal

Menyedari betapa pentingnya sokongan sosial, beliau terpanggil untuk membetulkan stigma serta tanggapan negatif masyarakat terhadap individu ini. Menurut Nimelesh sewaktu sedang bertugas di sebuah pusat kesihatan psikologi di Johor, beliau didatangi patient yang sempat menceritakan tentang liku-liku di sebalik kehidupan.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Walaupun tak waras, tetap berdoa agar anak jadi ‘gila’

Kata patient itu, dia sering mendoakan agar anaknya sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, anaknya perlu menggalaskan tanggungjawab dalam menjaga keluarganya. Mendengar sahaja luahan hati lelaki berkenaan membuatkan beliau berasa tersentuh sehingga gagal menahan sebak. Luahan lelaki itu sepertinya mempunyai maksud yang cukup mendalam buat doktor muda ini.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Siapa kita untuk hina dan keji mereka…

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa persepsi melabelkan penghidap psikiatri sebagai ‘gila’ adalah sama sekali tidak patut. Selain berharap agar perkongsian tersebut dapat membuka mata ramai pihak terhadap golongan ini.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Mereka yang mental kadang lebih beriman

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan respons positif dan bersetuju dengan pendapat doktor tersebut. Malah ada di antara mereka turut berkongsi persepsi masing-masing mengenai masalah psikologi ini.

Sumber : Twitter HausofHilton

Advertisement

Apa Komen Anda?