Menjadi seorang suri rumah merupakan hal yang sangat memenatkan. Tambahan pula jika seorang wanita itu dibiarkan kepenatan menguruskan anak seorang diri tanpa menerima bantuan daripada sosok seorang suami. Sesekali, pastinya terlintas perasaan untuk melarikan diri sebentar daripada semua itu agar dapat menenangkan diri. Maka tidak hairanlah mereka diklasifikasi sebagai kelompok paling mudah mengalami kemurungan.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Pernah terfikir hidupku rosak setelah menikah & punyai anak
Menerusi rakaman yang dikongsikan ini pula, seorang wanita berdepan detik sukar apabila tiba-tiba merasa seperti kehidupannya sudah tidak bermakna lagi selepas berkahwin. Tambahan lagi bila mempunyai anak kecil, terpancar wajah sugul di wajah ibu ini sambil dilihat menangis sendiri di atas katil dalam keadaan tidak bermaya.
@mba.opii ðŸ˜
Penat, tiada yang boleh memahami apalagi berikan semangat…Aku akan lebih banyak bersyukur
Sesekali, dia melepaskan lelah kerana tidak ada insan yang boleh memahami gelodak jiwanya sekarang selain tak mendapat sebarang support system. Bukanlah bermakna dia tidak menyayangi anak sendiri, namun tekanan yang dialami sekarang membuatkan dia mula berfikiran negatif sampai ke tahap itu.
@mba.opii capek , apalagi ngga ada yg bisa ngerti & kasih semangat 😪
Andai aku boleh putarkan waktu, aku pun tak mahu nikah sampai sekarang…Hidup rosak akibat salah pilih suami
Memahami fasa burnout yang dirasai wanita berkenaan, ramai netizen menitipkan kata-kata positif semoga dia terus kuat membesarkan anak-anak. Tidak ketinggalan, ramai pula mengambil kesempatan mencurahkan isi hati masing-masing.
Kredit : TikTok mba opii
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
