Terbabas Gara-Gara ‘Microsleep’, Ibu Ini Kehilangan 2 Anak Perempuannya

Pagi semalam, sebuah kenderaan jenis Pajero Sport milik sebuah keluarga terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Km-56 Jalan Kalabakan-Sapulut di Tawau, Sabah. Walaupun si ibu, ayah dan anak bongsu mereka terselamat daripada nahas tersebut, namun 2 lagi anak perempuan mereka tidak terselamat apabila disahkan terk0rban di lokasi kejadian. Menurut laporan awal pihak berkuasa, kejadian ini berpunca apabila ibu mereka, Nur Asilah Abd Majid, terlelap seketika semasa memandu kereta pacuan 4 roda itu.

BACA: Awas! Doktor Kongsi Simptom ‘Microsleep’ Yang Ramai Selalu Terlepas Pandang

Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, 7 & Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, 5

Menerusi sebuah posting di laman FB milik Noorhayati pula, dia berkongsi suasana pilu semasa pengebumian kedua-dua anak saudaranya di Tanah Perkuburan IsIamiah lewat tengahari itu juga.

Sumber: FB Noorhayati Md Said Senang & Astro Awani

Apa Komen Anda?