Viral

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

Sharing is caring!

Sebut sahaja soal kahwin, semua orang pastinya teruja terutama sekali mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh yang lama. Namun sebaliknya yang terjadi apabila hasrat seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian selepas terbabit dalam tragedi menyayat hati semalam.

BACA : “Kami Rindu Hang..” – Ajal Dalam Nahas Jalan Raya, Rakan Kenang Masa Bersama


3 anggota TLDM temui tak bernyawa & seorang lagi mengalami kecederaan..

Menerusi portal Berita Harian, Allahyarham Mohamad Firdaus Mat Izan bersama dua anggota TLDM iaitu LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris ditemui dalam keadaan tidak bernyawa selepas trak tentera dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan di Jalan Ranau, Kota Kinabalu. Sementara itu, seorang lagi rakan setugas iaitu LK II TLP Vincent M Orel dilaporkan mengalami kecederaan dan kini dirawat di sebuah pusat perubatan berdekatan.

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

 

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

Bapa pilu Allahyarham rancang untuk berkahwin Disember ini..

Dalam pada itu, bapanya Mat Izan Mohayat berkata Allahyarham Mohamad Firdaus bercadang mahu melangsungkan perkahwinan pada Disember depan. Namun siapa sangka takdir menentukan segala-galanya apabila hasrat tersebut terkubur gara-gara insiden itu. Meskipun sukar menerima hakikat pemergian yang berlaku dalam tempoh singkat itu, namun dia sekeluarga tetap reda dengan takdir Tuhan.


Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian.. Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

 

Terbabit Nahas Trak Semalam, Hasrat Anggota TLDM Nak Berkahwin Tak Kesampaian..

Sumber : Berita Harian, Facebook Mohamad Firdaus


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!