Hiburan

Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Sharing is caring!

Dunia hiburan pada hari ini dikejutkan dengan satu berita sedih apabila penyanyi era 90-an yang terkenal dengan lagu ‘Matahari’ pergi buat selamanya sebentar tadi. Allahyarhamah Myanaliza Binti Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pada usia 44 tahun.

BACA : Derita Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Akhirnya Terpaksa Tamatkan Pemberian Ubat

Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Hidap kanser sejak tahun lalu

Menurut  laman Facebook milik Tengku Khalidah Tengku Bidin, Allahyarhamah disahkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu. Tengku yang merupakan salah seorang kenalan penyanyi itu berkata Maya lebih banyak memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mendedahkan tentang penderitaannya kepada media. Beliau juga berkata Allahyarhamah telah terbang hingga ke China selama berbulan-bulan bagi menerima rawatan kansernya. Difahamkan, dia juga mendapatkan khidmat jururawat peribadi di kediamannya selepas terlantar dan tidak mampu bergerak aktif.


Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Maya juga seorang pelakon

Allahyarhamah Maya menceburi bidang seni ketika berusia 19 tahun pada tahun 1995. Nama penyanyi berkenaan melonjak naik apabila album pertamanya berjudul ‘Matahari’ laris di pasaran. Selain itu, Maya turut menceburi bidang lakonan sama ada di kaca televisyen ataupun pementasan teater sebelum mendiamkan diri dalam dunia hiburan. Antara judul filem lakonannya adalah Gemerlapan, Hotel Malaya dan Uda & Dara.

Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Buat kemunculan semula di Gegar Vaganza

Pada tahun 2018, penyanyi tersebut telah membuat kemunculan semula dengan menyertai rancangan nyanyian Gegar Vaganza musim kelima. Walaupun tidak memenangi acara tersebut, rezekinya melimpah ruah apabila dia ditawarkan pula untuk menjadi penyampai radio stesen Best FM pada tahun 2019.


Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Sumber : Facebook Tengku Khalidah Tengku Bidin & mstar


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terbang Hingga Ke China, Penyanyi Maya Matahari Pergi Jua Kerana Kanser

Sharing is caring!