Inspirasi

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Sharing is caring!

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung sejak sebulan lalu, pasti ada saja setiap hari kisah yang mencuit hati mahupun meruntun jiwa telah disajikan di media sosial. Meskipun begitu, semua kisah ini patut dijadikan sebagai iktibar supaya kita semua boleh bermuhasabah diri dalam situasi sekarang.

BACA: Sempat Titip Pesan Akhir Buat Anak, Doktor Kongsi Kisah Sayu Penghidap COVID-19

Duit habis bayar bil.. barang anak pula tak ada

Tular di media sosial baru-baru ini apabila dua orang angggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berjaya mengesan seorang wanita warga Rusia yang dikatakan terkandas di negara ini ekoran musim PKP. Malah lebih menyayat hati apabila dia mengakui sudah tidak mampu membayar bil hotel bahkan tiada wang untuk membeli kelengkapan bayi yang baru dilahirkan.


Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Polis bantu tukarkan lampin bayi..

Rupa-rupanya bayi itu telah dilahirkan sendiri dalam sebuah bilik hotel di sekitar Kuala Lumpur. Mengenangkan nasib dua beranak ini, anggota polis tersebut bertindak membeli susu dan lampin sekali gus membantu bayi terbabit. Malah wajah comel si kecil juga sempat diabadikan dalam foto yang dikongsi pihak JSPT KL di laman Facebook.

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Pihak polis akan buat tindakan susulan

Difahamkan, wanita itu pernah mendapatkan bantuan di Kedutaan Rusia sebelum ini. Namun usaha tersebut gagal membuahkan hasil. Susulan itu, pihak polis kemudiannya telah membawa mereka ke Balai Polis Jalan Tun Razak bagi tindakan selanjutnya.


Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Sumber: Facebook JSPT KL


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terberanak Di Hotel & Duit Pula Habis ‘Kering’, Polis Bantu Belikan Lampin Bayi

Sharing is caring!