Terbongkar 1 Rakaman Audio, Amber Hear Mungkin Tak Akan Membintangi Aquaman 2

Awal tahun lalu, kecoh di media sosial mengenai keretakan hubungan rumah tangga antara pelakon terkenal, Johnny Depp menerusi filem ‘Pirates Of Caribbean’ bersama bekas isterinya, Amber Hear. Kehidupan peribadi mereka itu mulai goyah sejak tahun 2016 selepas bekas isterinya mendedahkan bahawa dirinya ditindas secara fizikal sepanjang tempoh perkahwinannya bersama pelakon bertubuh sasa itu.

BACA : Dato Aliff Nak Comeback Tapi Isteri Belum Bagi Lampu Hijau, Netizen Pula Cuak

Diselar peminat gara-gara melakukan kekasaran terhadap Amber

Ekoran tuduhan yang dilemparkan Amber, karier pelakon ini bagaimanapun sedikit merosot apabila dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon. Tidak terhenti di situ, dia turut dipulau dan diselar peminat gara-gara dakwaan tersebut. Pelakon berusia 56 tahun itu, kemudiannya memberi respon mengatakan bahawa  sebenarnya bekas isterinya yang melakukan kekasaran itu dan bukan dirnya. Malah Johnny turut menfailkan tuduhan fitnah ke atas Amber.

Advertisement

Tiada sesiapa yang akan percayakan kamu

Namun begitu, dakwaan tersebut berjaya ditepis apabila tular satu bukti rakaman perbualan antara Amber dan Johnny. Menerusi rakaman tersebut, Amber mengakui dia telah mengasari bekas suaminya. Selain itu, dia juga memaklumkan kepada Johnny bahawa tiada sesiapa pun bakal menyebelahi dan percaya akan lelaki berkenaan. Selepas tertularnya rakaman audio tersebut, rata-rata netizen mula menyelar tindakan Amber menfitnah Johnny.

Hampir 160 ribu peminat gesa Amber disingkir dari ‘Aquaman 2

Memetik daripada laporan Malaysiakini, hampir 160 ribu peminat menandatangani petisyen menggesa untuk menyingkirkan Amber Hear dari membintangi filem popular lakonannya, Aquaman 2. Pencipta petisyen tersebut, Jeanne Larson berpendapat bahawa pihak Warner Bros dan DC Entertainment wajar mengambil tindakan ke atas pelakon terbabit selepas terbukti bersalah melakukan domestic abusive.

Advertisement

Berdepan tuduhan menfitnah

Dalam pada itu, Amber berdepan tindakan undang-undang selepas Johnny memfailkan saman fitnah tahun lalu untuk menuntut AS$50 juta (206 juta) kerana mendakwa dikasari sepanjang 18 bulan perkahwinan mereka.

Advertisement

Sumber : Twitter winonasrider, Malaysiakini

Advertisement

Apa Komen Anda?