Viral

Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingannya. Bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan si anak boleh tersenyum sepanjang hari. Walau bagaimanapun, ada pula yang bersikap umpama kacang melupakan kulit dan mengabaikan bapa masing-masing apabila sudah besar. Realiti pahit seperti malangnya terjadi terhadap seorang insan bergelar ayah di Mexico ini.


BACA: Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Terdengar tangisan, rupanya seorang bapa dikurung dalam bilik oleh anak sendiri

Menerusi portal antarabangsa Daily Mail, pihak polis telah pun membuat serbuan terhadap seorang wanita bernama Leticia dalam kediamannya di Celaya, Guanajuato kerana masalah mencuri. Walau bagaimanapun, mereka menemui sesuatu yang lebih mengejutkan apabila terdengar suara tangisan seseorang di sekitar rumah berkenaan. Alangkah terkejutnya apabila pihak polis mendapati wanita berusia 54 tahun terbabit telah mengurung ayahnya yang bernama Bonifacio dalam sebuah bilik.


Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Tidur dalam bilik kotor tanpa tilam, si ayah mempunyai masalah kesihatan di bahagian kaki

Siasatan turut mendapati keadaan bilik berkenaan sangat kotor dan lelaki uzur berusia 87 tahun terbabit dikatakan tidur di bahagian bawah katil double decker kayu tanpa beralaskan tilam. Selain itu, warga emas tersebut mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan kedua-dua belah kakinya. Mujurlah pihak polis telah pun menyelamatkannya dan kini dia sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan berdekatan.


Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Sumber: FB Daily Mail

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terdengar Tangisan Di Rumah, Wanita Tergamak Mengurung Ayah Dalam Bilik Kotor

Facebook

Telegram