Terdetik Kembali Ke Fitrah Asal Selepas Pemergian Rakan, ‘Mak Nyah’ Akui Kesal

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun tidak semua diberikan peluang untuk terima hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Tular beberapa hari lalu, kisah penghijrahan seorang ‘Mak Nyah’ yang nekad mahu kembali pada fitrah asalnya. Dikenali sebagai Stephen Chot, dia turut mendedahkan detik hitam yang membawa dirinya ke dalam dunia songsang itu menerusi laman Twitternya.

BACA : Gadis Kongsi Pengalaman Hitam, Boyfriend Sering Naik Tangan Sampai Berbekas

Pergi kelas pakai baju perempuan siap bawa handbag

Menceritakan bagaimana dia boleh terjebak dalam dunia songsang ini, lelaki berkenaan berkata, nalurinya untuk menjadi Mak Nyah timbul sejak dari zaman kuliah. Malah anak ketiga daripada lima beradik ini, sering mengayakan pakaian perempuan sejak kecil. Hal ini kerana kesemua adik beradiknya adalah perempuan dan hanya dia sahaja lelaki.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Hang tu lembut, elok couple dengan lelaki saja

Akuinya lagi, ketika di zaman persekolahan dia masih menyimpan minat pada wanita namun dek kerana penampilan luarannya yang agak lembut menyedarkannya. Malah pernah sekali dia meluahkan perasaan yang tersimpan di hati kepada seorang rakan baiknya tetapi hampa jawapan yang diterima menyakitkan.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Mula ada boyfriend & cuba-cuba ambil pill

Dedah Stephen, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki sewaktu di zaman kuliah. Bagaimanapun, lama-kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat dan membuatkan hatinya terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta. Kongsinya lagi, dari situlah dia mula mengambil pill dan bergerak aktif dalam komuniti ‘Mak Nyah’.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Pemergian Jade buat hati terbuka nak bertaubat

Tambah Stephen, dalam tempoh keghairahannya mengejar keinginannya itu dia sempat berkenalan dengan seorang Mak Nyah bernama Jade. Bagaimanapun, perkenalan singkat itu akhirnya berjaya membuka mata dan terdetik di hatinya untuk berubah. Setelah menyaksikan sendiri penderitaan yang dialami oleh Mak Nyah tersebut di akhir usianya dan itu membuatkan dirinya nekad untuk bertaubat.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter lordhuntsmoon

Advertisement

Apa Komen Anda?