Terhibur Lihat Ragam Stuck Dalam Walker, Tapi Adik Ini Rupanya Ada Kisah Sebak

Beberapa hari yang lalu, viral sebuah video yang memaparkan gelagat seorang ayah yang sedang menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan anaknya yang tersangkut daripada sebuah walker.  Si ibu yang sempat merakam moment tersebut amat terhibur apabila suaminya terpaksa menggunakan beberapa posisi sebelum akhinya berjaya mengeluarkan anak yang mesra dipanggil dengan nama Kak Mon itu. Sehingga ke hari ini, video lucu itu sudah meraih lebih 200 ribu tontonan di laman Facebook.

BACA: [VIDEO] “Comel Tapi..” – Gelagat Lelaki Ini Main Dengan Anak Jalanan Bikin Sedih!

Gigih ayah dengan abang cuba selamatkan dia…

Walaupun ramai terhibur dengan babak lucu itu, namun ada kisah yang sangat menyayat hati tentang si comel ini kerana dia merupakan seorang penghidap masalah pendengaran seumur hidupnya. Menerusi posting terbaru di FB milik ibunya, Puan Anis menceritakan tentang pengorbanan yang dilalui oleh mereka sekeluarga dalam mencari jalan demi menyembuhkan Kak Mon seperti sediakala.

Ramai parents diuji dengan kesihatan anak-anak…

Terkenang masa awal2 terima berita kekurangan anak…kami tak boleh duduk diam

Pantang je dengar ada orang boleh mengubat…kami terjah

Tapi semua kaedah itu hasilnya gagal juga…

Sehingga hari ini kami masih berusaha…& tawakal kepada Allah

Doa saya sentiasa untuk ibu ayah yang diuji dengan anak istimewa…

Sumber: FB Anis Amira Albakri

Apa Komen Anda?