Terhidu Bau Busuk, Driver Bas Terkejut Lelaki Dewasa Lepas ‘Hajat’ Dalam Bas!

Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi apa boleh buat sebab benda pun dah nak terjadi. Menerusi laporan Harian Metro, hari ini seorang penumpang bas yang berusia 30-an telah menimbulkan masalah apabila sanggup membuang air besar di tempat duduknya pada awal pagi tadi. Perkara itu terjadi ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Terengganu ke Negeri Sembilan dan hanya disedari oleh pemandu bas, Mohd Huzaidi Husain yang sedang berehat di bahagian belakang apabila dia tiba-tiba terhidu satu bau yang kurang menyenangkan.

BACA: “Nyawa Jangan Buat Main!” – Disuluh Laser Suka-Suka, Pemandu Ini Nyaris Terbabas

Selain tempat duduk, ada najis di cermin & langsir tempat duduknya…

Kredit foto: Harian Metro

Tambahnya lagi, dia memang tidak menyangka bahawa penumpang lelaki tersebut sanggup melepaskan ‘hajat’ semasa berada di dalam bas kerana perkara itu menyusahkan semua orang yang berada di dalamnya.

Maklumkanlah kepada pemandu…boleh berhenti di masjid atau stesyen minyak

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara insiden tersebut, dia dan rakan pemandu, Wan Mohd Zamri Wan Mat terpaksa membersihkan kawasan yang terjejas dengan bau busuk itu dengan pewangi sebelum mengambil penumpang untuk ke perjalanan yang seterusnya.

Sumber: Harian Metro

Apa Komen Anda?