Viral

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Sharing is caring!

Hubungan manusia dan haiwan sememangnya sesuatu yang menakjubkan. Hal ini kerana, sesetengah binatang termasuklah yang diternak agak sukar untuk dijinakkan jika gagal mengawal mereka. Salah satunya adalah angsa kerana ia sering mengejar manusia apabila cuba didekati tetapi lain pula situasi pemuda ini.

BACA: [VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

Tak nak bermanja dengan orang lain… Nak dengan Tuk je

Menerusi Twitter, pemuda bernama Ridhuan atau dikenali sebagai Tuk telah berkongsi sebuah rakaman yang menyaksikan dirinya begitu mesra dengan seekor angsa. Haiwan tersebut yang dinamakan sebagai Seman tidak lekang daripada dakapan pemuda itu serta enggan mendekati orang lain. Angsa itu juga seakan-akan memberi kucupan kepada individu berkenaan serta tidak mahu melepaskan kawan baiknya itu.

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Cuba nak belai tapi kena patuk di perut pula…

Melalui satu lagi rakaman, seorang kanak-kanak lelaki cuba mendekati dan ingin membelai haiwan terbabit. Walau bagaimanapun, interaksi budak tersebut tidak berjaya malah dia telah dipatuk oleh Seman di bahagian perutnya.


Terhutang budi sebab pernah selamatkan bini dia tersepit di rim basikal

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan keakraban yang ditunjukkan oleh Ridhuan dan Seman. Selain itu, pemuda berkenaan turut mendedahkan kisah kemanjaan haiwan tersebut. Seman mungkin terhutang budi dengan individu berkenaan kerana pernah menyelamatkan seekor angsa betina yang merupakan isterinya akibat tersepit pada rim basikal suatu ketika dahulu.

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya


Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Terhutang Budi ‘Isteri’ Pernah Diselamatkan, Angsa Over Manja Dengan Tuannya

Sumber: Twitter Ridhuan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!