Bagi seorang ibu, tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat menyaksikan anak sendiri mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati. Mungkin itulah juga perasaan yang dialami oleh ibu kepada pengacara terkenal, Mira Filzah tatkala melepaskan dua orang anak perempuannya untuk hidup bersama dengan partner masing-masing.
BACA: “Tak Pakai Baju Dah Lepas Ni”-Berdekah Satu Majlis Bila Mak Mira Salah Cakap
Terima kasih Allah, mak abah sayang kalian…cintailah apa sahaja yang dimiliki
Baru-baru ini menerusi posting di Instagram, ibu kepada pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ iaitu Puan Faizatul Akmar Hisan meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anak perempuannya sudah mempunyai kehidupan dengan suami masing-masing. Kehadiran menantu dan seorang cucu lelaki ternyata telah melengkapkan lagi kebahagiaan keluarganya. Selain meminta agar sentiasa menjaga diri dan agama, wanita berusia 52 tahun ini turut menitipkan pesanan supaya mereka terus mencintai apa yang dimiliki.
Bila baca ni, rasa hati penuh dengan kasih ibu…tahniah sebab terima 2 orang menantu sekali gus
Menerima dua orang menantu lelaki sekali gus merupakan nikmat yang sangat disyukuri oleh wanita berkenaan. Bukan sahaja sebak membaca kata-kata yang ditulis oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, malahan rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut. Selain itu, mereka juga turut memuji kecantikan ibu kepada hos terkenal ini.
Sumber: Instagram faeezahisan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura