Terima Berbakul Kecaman Di IG, Remaja Tindas Warga Emas Akhirnya Bagi Respon

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 Mei lalu melibatkan sekumpulan remaja lelaki yang membuIi seorang warga emas telah hangat diperkatakan semalam. Meskipun pakcik tersebut, Mohd Mudakir Abdul Wahid telah memaafkan semua remaja terbabit, namun kemarahan rakyat Malaysia terhadap mereka masih belum reda. Terkini pula, netizen dapat melampiaskan perasaan bengang mereka apabila akaun Instagram salah seorang remaja berkenaan telah berjaya dikesan. 

BACA: “Saya Cuma Mahu Tegur Mereka Solat..”- Pakcik Ini Maafkan Semua Remaja PembuIi

Melalui gambar-gambar yang dikongsikan remaja berkenaan, netizen menyimpulkan bahawa dia dan rakan-rakannya merupakan ‘budak basikal lajak’. 

Netizen tidak melepaskan peluang melemparkan kecaman pada gambar di bawah.. 

Ingat pakai honda ke saga ke kancil.. basikal je 

Baru aku tahu basikal kau pakai minyak 

Biar hodoh tapi jangan b*doh.. Aku rasa nak tampo2 je 

Lain kali otak jangan letak kat lutut 

Terbaru, remaja ini telah memberikan responnya melalui IG story beberapa jam lalu tentang isu hangat yang berlaku. 

Kena batang hidung sendiri baru tahu 

Ternyata, respon yang dibuat anak remaja ini masih mendapat kritikan netizen apabila mereka membahan dan mempertikaikan perkara itu melalui komen pada gambarnya. 

BuIi orang tua suka, dah viral baru tahu 

Budak ni dah masuk balai belum? Sempat lagi buat story tu 

Konon buat story.. itulah balasannya kalau tak hormat orang tua 

Berdasarkan update terbaru, semua remaja berkenaan telah ‘diheret’ ke rumah warga emas tersebut oleh orang kampung dan keluarganya bagi memohon maaf pada 12 Mei lalu. 

Malam kena angkut dengan orang2 kampung 

Sumber: Oh My Media, IG its_me_dakwat

Apa Komen Anda?