Isu Semasa Kehidupan Viral

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin

Sebut sahaja hantaran, kebanyakan lelaki akan kecut perut apabila mendengarnya. Lebih-lebih lagi apabila pasangan pula seorang yang berpelajaran tinggi serta berkerjaya. Walau bagaimanapun, hantaran dengan nilai yang mewah juga boleh memakan diri pihak perempuan kerana dikaburi dengan apa yang ditawarkan. Tak ubah seperti kisah seorang gadis dari negara seberang ini.

BACA:  Aku Dah Nak Menopause Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

Pedih lihat anak gadisnya ditalak dua selepas dua hari berkahwin

Luluh hati seorang ibu bernama Hartini melihat nasib anaknya, SM yang baru sahaja berusia 16 tahun menjadi janda selepas bernikah seorang dengan duda berumur 50 tahun. Menerusi portal Tribunnews, wanita berkenaan menegaskan bahawa perkahwinan tersebut tidak direstui olehnya dan juga bekas pasangan. Menurut individu tersebut, ‘mantan’ suaminya sempat hadir ke majlis akad nikah untuk memberi keizinan namun malah dihalau oleh keluarga pihak lelaki.

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin

Ibu dedah janji manis menantu sebelum berkahwin dengan SM

Tidak tahan melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa, wanita itu membongkar janji-janji manis si lelaki tua yang merupakan ketua desa di Ngawri. Jelas Hartini, dia sudah mengetahui mereka berhubungan selama dua bulan namun lebih mengejutkan apabila si gadis bersetuju untuk menikahi lelaki tersebut. Setelah disiasat, ‘suami anaknya’ itu ternyata memberi kata-kata manis akan menghadiahkan sebiji kereta, tanah dan sebuah rumah.

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin
Gambar sekadar hiasan

 

Bekas suami mengaku rupanya seorang duda

Susulan daripada itu, ibu kepada SM bertindak melaporkan perihal perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa. Lebih mengejutkan lagi apabila bekas suami gadis tersebut mengaku dia merupakan seorang duda dan tidak dijaga oleh isterinya selama 13 tahun. Hal tersebut menjadi isu besar kerana perempuan berkenaan masih dibawah umur serta pemeriksaan lanjut masih dijalankan.

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin
Gambar sekadar hiasan

 

Kredit: Portal Tribunnews

 

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terima Hantaran Mewah Dari Duda, Gadis Sedih Ditalak Selepas Dua Hari Berkahwin

Facebook

Telegram

Kasut