“Terima Kasih Semua”- Akhirnya Naim Daniel Buka Mulut Kontroversi Lagu ‘Sumpah’

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang kontroversi yang mengaitkan lagu ‘Sumpah’ yang dinyanyikan oleh Naim Daniel dengan salah seorang pencipta bersama lagu tersebut iaitu Dayana Amerda. Semuanya tercetus apabila tular video rancangan temubual penyanyi dan pelakon berkenaan yang dikendalikan oleh sebuah stesyen radio tempatan. Namun selepas bermacam pendedahan dibuat oleh pihak Dayana, malam tadi ibunya telah mendedahkan bahawa Naim sudah menghubunginya berhubung perkara tersebut.

BACA: Mula Rapat Sejak Drama ‘Elly & Epit’, Hadi & Dayana Kini Selamat Bernikah!

Alhamdulillah…semuanya dah selesai dengan pihak di sana

Terbaru, selebriti lelaki berusia 21 tahun ini akhirnya memberikan respon terhadap kontroversi itu selepas beberapa hari dikritik netizen, terutamanya di laman YouTube lagu ‘keramat’ tersebut. Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya, Naim mengucapkan tanda syukur kerana semua perkara itu sudah berjaya diperjelas dan diselesaikan dengan keluarga Dayana.

Terima kasih semua…semoga Allah berkati anda

Dia malah berkongsi foto juadah ketam masak cili api untuk dipercayai tanda yang dia sudah semakin okey menjalani hidup seperti biasa di rumah. Malah dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Sebaik foto tersebut dikongsi, para peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan positif selain tertarik dengan masakan tersebut. Rata-rata mereka menyatakan tanda sokongan kepada penyanyi muda ini dan berharap agar dia tidak ‘jatuh’ gara-gara isu ini.

Sumber: IG naimdanielx & aidacdaud

Apa Komen Anda?