“Terima Kasih Wira” – DS Siti Nurhaliza Hargai Perjuangan Datuk Lee Chong Wei

Setelah 19 tahun membanggakan negara dalam arena sukan badminton di pentas antarabangsa, Datuk Lee Chong Wei telah pun mengumumkan persaraannya menerusi sidang akhbar hari ini. Selepas mendapat nasihat doktor yang merawatnya, beliau akhirnya membuat keputusan berat ini atas faktor kesihatannya. Dalam pada itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi Instagram miliknya sempat berterima kasih di atas jasa atlet tersebut.

Baca : Perjuangan 20 Tahun Bakal Berakhir, Ratu Skuasy Negara Umumkan Persaraan

Terima kasih Wira Sukan Badminton Negara…

Dalam sidang akhbar tersebut, suasana menjadi semakin pilu apabila jaguh badminton ini sebak sehingga tak dapat meneruskan kata-kata.

Paling penting sekali, saya mahu berterima kasih pada keluarga dan rakyat Malaysia

 

 

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang setia menyokong kerjayanya selama ini. Melihat tangisan air mata tersebut, pastinya persaraan ini menjadi detik yang menyedihkan buat Datuk Lee Chong Wei.

Netizen juga tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata penghargaan buat wira badminton negara itu.

Jangan menangis…Kamu tak buat apa-apa salah

Wira sejati sukar dicari ganti

19 tahun kamu berbakti…Selamanya kami akan ingat kamu

 

Sumber : Facebook Astro Arena dan IG CTDK

Apa Komen Anda?