“Terima Kasih Zizan Razak” – Akhirnya Neelofa Boleh Berangkat Ke Makkah Harini

Dalam musim terdekat ini, umat IsIam akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Ini menandakan bahawa musim haji telah tiba. Barisan selebriti terkenal juga tidak terkecuali menunaikan haji pada tahun ini. Namun, manusia hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Contohnya, pengacara rancangan popular, MeleTop atau nama penuhnya, Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang sepatutnya berangkat ke Makkah 4 Ogos yang lalu terpaksa menunda perjalanannya atas masalah-masalah tertentu. 

BACA: Berlagak Diva & Takde Adab, Penaja MeleTOP Kesal Diperlekeh Oleh Neelofa

Menurut Neelofa, dia dan jemaah lain sepatutnya berangkat ke Jeddah dua malam lepas. Namun, atas masalah visa, penerbangan itu terpaksa ditunda sehingga hari esok. 

 

Alhamdulillah, masalah visa selesai

Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, masalah tersebut telah dapat diselesaikan dan mereka dijangka berangkat ke Makkah dalam masa terdekat. 

Ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok.

Dia di bahagian IG Story miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Kerajaan Arab Saudi dan beberapa individu serta rakan artis yang sudi menolong. Salah seorang yang disebut dalam kapsyennya adalah pelakon komedi yang cukup terkenal dengan filem Polis Evo iaitu Zizan Razak. Dia berasa sangat terhutang budi kerana berkat bantuan mereka semua, dia dan keluarga dapat menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci sekali lagi. 

Sumber: IG Neelofa & Astro Gempak

Apa Komen Anda?