Viral

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Sharing is caring!

Pasti ramai tertanya-tanya ke mana perginya gelandangan yang sebelum ini bebas berkeliaran tanpa arah tuju. Malah disebabkan tidak memiliki lokasi pelindungan yang tetap membuatkan kebanyakan mereka berisiko terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

BACA : Lelaki Rayu Tidak Dihantar Ke Isolasi COVID-19, Perlu Cari Makan Buat Anak Bini

Pelbagai aktiviti dilakukan bersama bagi memberi sedikit manfaat

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan beberapa agensi lain komited mengambil inisiatif menempatkan kesemua mereka yang hidup secara bergelandangan di beberapa buah lokasi. Selain daripada lengkap dengan kemudahan, keperluan harian seperti makanan juga disediakan. Ia seiring dengan inisiatif kerajaan dalam membendung penularan virus tersebut.


Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Menawarkan perkhidmatan menggunting rambut gred A

Dalam pada itu, terdapat pelbagai aktiviti turut dilakukan bersama bagi memberikan sedikit manfaat kepada mereka. Terbaharu, tular di laman Twitter beberapa foto memaparkan mengenai usaha murni kerajaan dalam menawarkan perkhidmatan menggunting rambut kepada para gelandangan.

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Tampak lebih kemas daripada sebelumnya..

Apa yang menarik perhatian ramai adalah perbezaan jelas pada penampilan mereka selepas dikemaskan dan digunting rambut secara bergilir-gilir. Layanan istimewa tersebut diberikan kepada para gelandangan semestinya agar mereka kelihatan lebih kemas daripada sebelumnya. Malah kesemua mereka turut mengamalkan penjarakan sosial dan berdisiplin.


Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Peristiwa kecil tapi besar maknanya..

Ternyata usaha serta keprihatinan yang ditonjolkan terhadap golongan kurang bernasib baik itu menyenangkan hati netizen. Selain meluahkan rasa terharu, rata-rata mereka menganggap ia adalah satu usaha yang sangat murni daripada kerajaan terhadap rakyat khususnya gelandangan.

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Terima Layanan Gred A, Lain Betul Penampilan Gelandangan Lepas Digunting Rambut

Sumber : Twitter AnnuarMusa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini