Kalau tak rendang, mesti kari. Dua menu ini merupakan masakan wajib yang perlu ada ketika hari raya termasuklah sambutan Aidiladha nanti. Betul tak? Tapi sekali sekali, tak salah pun kalau mak-mak dekat rumah tu nak ‘tukar angin’ cuba masak menu lain. Jadi tak payah pusing kepala lagi. Dengan resipi Daging Mongolia hasil perkongsian lelaki ini, anda pastinya bakal menikmati satu hidangan baru yang cukup istimewa.
BACA: Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu
Daging Rangup dicampurkan pula dengan rasa masin sos… Fuh Pasti Sedap
Daging rangup dicampur pula rasa masin manis sos dia tu fuh memang’merecik’. Cara untuk memasak resepi ini sangat mudah dan tidak menggunakan masa yang lama. Tambahan pula, bahan-bahan utama termasuklah seperti daging yang digunakan sangat mudah didapati semasa hari raya ini.
Daging perlu dipotong nipis…dan sadurkan daging dengan tepung serta gorengnya satu persatu supaya rangup
Menurutnya untuk teknik mengoreng, daging perlu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu agar senang untuk dihiris nipis nanti. Langkah seterusnya adalah menyadurkan daging tersebut dengan tepung sebelum digoreng sehingga warna bertukar keperangan.
Hanya perlu 30 minit sahaja…untuk menyiapkan resepi mudah ini
Setelah siap mengoreng, gunakan baki minyak daging tadi untuk menumis bawang putih serta halia. Selepas itu, masukkan beberapa bahan lain untuk membuat kuahnya dan masak sehingga menjadi likat. Apabila sudah menggelegak, masukkan semula daging dan letakkan sedikit cili atau lada hitam untuk tambahan rasa pedas. Hanya perlu 30 minit sahaja maka siaplah hidangan resepi Daging Mongolia kita.
Sumber: FB Khairul Abdullah
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura