Family Viral

“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

Sharing is caring!

Hubungan antara adik-beradik memang sukar untuk dipisahkan. Meskipun kerap bergaduh atau tidak sefahaman, ada kalanya konflik tersebut mampu untuk mengeratkan kembali hubungan. Macam tu juga lah agaknya kisah abang dan adik perempuannya yang tular ini dek kerana keletah mereka yang sangat menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang menontonnya.

BACA: Layan Adik Macam Girlfriend Sendiri, Rupanya Abang Jalankan Amanat Arw4h Ibu


Nak naik pentas tapi cari ‘penyokong’ dulu

Dalam perkongsian video di Twitter baru-baru ini, seorang pelajar yang dipanggil untuk ke pentas dilihat tercari-cari seseorang di kawasan pelajar perempuan. Serentak dengan itu, semua mata tertumpu kepada seorang gadis bertudung yang sedang berjalan menuju ke arah pelajar lelaki tersebut.

“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

Dakap adik perempuan, terima anugerah bersama

Rupa-rupanya gadis itu adalah adik perempuan kepada pelajar lelaki tersebut. Sambil mengesat air matanya, gadis yang mesra dipanggil Anis itu terus berlari ke abangnya dan terus mendakapnya. Lantaran itu, Anis menemani abangnya itu di atas pentas untuk dianugerahkan sebagai pelajar terbaik SPM dengan keputusan 9A. 


“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

“Bestnya kalau dapat abang caring..”

Video berdurasi 58 saat itu nyata telah meraih hampir 20 ribu retweets setakat ini. Malah menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa terharu dan cemburu melihatkan telatah comel dua beradik ini. Ada juga netizen yang turut mendoakan Anis memperoleh kejayaan seperti abangnya.

“Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas “Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas “Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas “Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas “Teringin Nak Abang Macam Ni”- Dakapan Mesra Buat Adik Sebelum Naik Ke Pentas

Sumber: Twitter @aqilahazmi_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!