Terjawab Sudah Semua, Wanita Lega Perangai Sebenar Mentua Dan Suami Terbongkar

Sebelum ini pernah tular kisah lelaki yang telah membelasah seorang doktor pada awal Oktober lalu selepas dikatakan mempunyai skandal bersama isterinya. Lelaki berkenaan bagaimanapun sekali lagi mencuri perhatian di laman Twitter setelah video dirinya bersama ibu dan juga bapa tiri tular apabila dilihat bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya sewaktu dalam perjalanan dari Raub ke Kuala Lumpur.

BACA: [VIDEO] Tiap Malam Kena Belasah Di Asrama, Pelajar Pendam Rasa Dengan Mak Ayah

Rasa lega bila orang dapat lihat perangai sebenar

Advertisement

Susulan kejadian itu, wanita yang juga isteri kepada pemuda itu lega apabila terbongkarnya perangai sebenar keluarga tersebut. Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan sempat meluahkan isi hatinya yang terbuku menerusi satu posting di laman Facebook. Sebelum ini dia hanya mampu berdiam diri selepas dikecam orang ramai. Mengakui ada juga silap yang dilakukannya namun dia bukanlah perempuan murahan yang melayan lelaki sesuka hati seperti diperkatakan.

Tak pernah sekali pun menyesal apa yang terjadi

Advertisement

Sepanjang perkahwinan, Intan akui pernah menderita apabila mengalami tekanan setiap kali bersama suaminya sehingga terpaksa melalui fasa kemurungan. Menerusi artikel Mstar, wanita berkenaan turut pernah beberapa kali meminta untuk berpisah dengan suami namun lelaki itu tetap berkeras enggan melepaskannya.

Advertisement

Langsung tak dihargai sebagai isteri dan menantu

Intan juga sudah banyak kali mencuba untuk memperbaiki perkahwinan mereka namun mengakui gagal malah sering tidak dihargai sebagai seorang isteri dan juga menantu oleh keluarga suaminya. Sehingga ke harini pengakhiran kisah kedua suami isteri ini masih lagi menjadi tanda tanya apabila usaha wanita itu turun naik mahkamah bagi menyelesaikan tuntutan perpisahan tidak berjaya selepas lelaki tersebut tidak memunculkan dirinya. 

Advertisement

Sumber: Mstar Online 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?