Artis Family Hiburan

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Hari semakin hari, pelbagai trend kreatif tular di laman TikTok sehingga ramai mula terjebak menghasilkan video. Lagi-lagi ketika sambutan Aidilfitri ini, sudah pasti pelbagai ragam telah dirakam di samping insan tersayang. Malah, ia turut mendapat sambutan daripada kalangan selebriti sehingga ada yang menampilkan dengan cara cukup unik.


BACA: Anak Buat Lawak Terbalik Ala-Ala Shuib, Reaksi Achey Pula Cuit Hati Netizen

Achey santai buat trend ‘lampu’ TikTok bersama ahli keluarga

Teruja menyambut hari raya, pelawak Achey turut tidak melepaskan peluang dalam melakukan trend ‘lampu’ yang semakin viral di media sosial itu. Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia dan keluarga dilihat sudah bersedia sambil memegang handphone masing-masing untuk menyuluhkan cahaya.

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Bila handphone mak cik kau tak ada TikTok…maka manual lah jawabnya

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila figura berkenaan melakukannya secara ‘manual’. Hal itu selepas tiada alunan lagu yang disertakan, sebaliknya hanya dinyanyikan sendiri oleh Achey. Lebih menghiburkan, dia sempat berseloroh menyatakan telefon bimbit milik mak ciknya tidak mempunyai TikTok dan terpaksa melakukan dengan cara tersebut.


Memang win lah trend ni…Tiara pun sampai terpinga-pinga, cubaan apakah yang sedang saya lakukan

Secara keseluruhan, video itu telah mencapai lebih daripada 450 ribu views. Seperti biasa, netizen pada ruangan komen pula turut ikut terhibur melihat telatah lucunya. Malah, warganet juga bersetuju bahawa keluarga berkenaan telah berjaya memenangi trend tersebut dek kerana keunikan yang telah ditampilkan.


 

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Kredit: Instagram Achey

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terjebak Ikut Trend TikTok, Sekali Achey Tapau Pakai ‘Manual’ Bikin Terhibur

Facebook

Telegram