Dengan jalan cerita menyerupai siri televisyen Indonesia iaitu ‘Wedding Agreement‘, drama Lestary TV3 ‘Melur Untuk Firdaus’ nampaknya semakin mendapat tempat di hati netizen. Bukan sahaja di kalangan penonton Malaysia, malahan ia juga diminati oleh orang negara seberang yang sama-sama ‘terjebak’ menontonnya. Menariknya, kisah mengenai latar belakang pelakon utamanya juga mendapat liputan media berita di sana.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Ini true story...Efek nonton ‘Melur Untuk Firdaus’ tanpa subtitle
Dalam masa sama, perkongsian daripada seorang peminat drama itu berjaya menjadi perhatian ramai. Jejaka Indonesia dengan akaun TikTok Duffahl ni berkongsikan sudut pandangnya tatkala menonton siri televisyen Malaysia berkenaan tanpa sebarang bantuan sari kata.
Aih lamanya…Penatnya nak tunggu…Dahlah boring sangat ni
Lucunya, dengan spontan dia seolah-olah try hard untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Walaupun sebutannya agak kurang jelas, akan tetapi setiap bait perkataan yang disebut masih mampu difahami dengan mudah.
@duffahl ini true story #meluruntukfirdaus #meluritumelati
Benar banget woiii sampe hari-hari ai cakap macam ni…Aku juga terikut Bahasa Malaysia
Sejak dikongsikan sehari lalu, rakaman pendek berdurasi 25 saat tersebut berjaya meraih lebih setengah juta tontonan. Rata-rata netizen akui merasa terhibur dengan cara sebutannya manakala ruangan komen pula turut dipenuhi dengan pengguna TikTok Indonesia lain yang tampil berkongsikan keadaan serupa.
Kredit : TikTok duffahl
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
