Terjumpa ‘Pusaka’ Dalam Peti Ais Lepas 20 Tahun, Netizen Pula Beri Reaksi Lawak

Kalau dah namanya mak-mak pasti sangat suka mengemas apa yang ada di hadapan mata terutama sekali di ruangan dapur rumah mereka. Namun mengikut kebiasaan, peti sejuk adalah antara area paling mencabar apabila sampai waktu mengemas. Bukan sahaja banyak barang yang sayang untuk dibuang, malahan ia akan bersepah semula dalam waktu singkat. Lihat sajalah kisah seorang lelaki ini apabila si isteri menemui ‘harta karun’ yang tidak disangka-sangka di dalam peti sejuk kepunyaan mereka. 

BACA: [VIDEO] ;Mak Memang Macam Ni, Pujuklah-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

Terjumpa kacang hijau berusia 20 tahun

Advertisement

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki, @paantastik di laman Twitter miliknya sebelum akhirnya tular. Jelasnya, si isteri telah terjumpa sebungkus kacang hijau yang bertarikh luput sekitar 20 tahun lalu sewaktu sedang mengemas peralatan elektrik tersebut. Malah sebelum ini, dia juga pernah terjumpa barangan makanan yang bertarikh tahun 2001 dan tidak menyangka sama sekali ia akan berulang lagi. 

Ni kalau kakak aku kemas peti sejuk, aku risau satu peti tu dia buang

Advertisement

Apa yang menariknya apabila perkongsian pemuda tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen serta mendapat lebih 24,300 retweet. Ada yang dilihat sempat berseloroh mereka masih belum dilahirkan pada tahun kacang ‘legend‘ berkenaan melepasi tarikh luputnya. Bukan sahaja itu, masing-masing turut berkongsi kisah sewaktu mengemas peralatan berkenaan dan hampir membuang keseluruhan isi peti sejuk tersebut. 

Sumber: Twitter Paantastik

Advertisement

Apa Komen Anda?