Terkesan Dituduh Caras Job Artis, Adik Syatilla Melvin ‘Sound’ Sarah Hildebrand

Kenyataan yang dibuat pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand melalui laporan berita Harian Metro semalam nampaknya telah mencetuskan rasa tidak puas hati seorang Instafamous ini, yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin. Dalam kenyataan itu, Sarah menyifatkan lambakan golongan Instafamous hari ini seperti menjejaskan peluang kerja golongan anak seni yang berbakat. 

BACA: Bangga Tunjuk Perangai Queen Control Kat Media Sosial, Instafamous Dikecam

Kenyataan itu dibuat susulan satu status Sarah di Instagram miliknya baru-baru ini dan di sebuah laporan portal berita.

Berhenti popularkan orang b*doh

View this post on Instagram

Just stop.

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Apa sumbangan mereka pada industri hiburan tanah air?

Ramai pelakon berbakat tapi tawaran tu diberi pada Instafamous

Kenyataan pelakon Pujaan Hati Kanda itu nampaknya telah dibidas oleh Syifa Melvin.

Percaya pada rezeki Allah, habis cerita

Syifa membidas dengan kenyataan Sarah itu dengan menyatakan artis dan Instafamous adalah dari dua bidang yang berbeza. Oleh itu, Sarah tidak boleh menyalahkan golongan Instafamous jika mereka tidak mempunyai tawaran kerja dalam industri seni. 

Pandanglah dari sudut positif…

Dah tahu Instafamous letak harga murah kau pun janganlah letak harga melambung

Aku sebagai Instafamous terkesan dengan statement Sarah

Jadi jangan tuding jari pada golongan Instafamous

Sumber: Twitter syifamelvinHarian Metro, IG sarahhildebrand

Apa Komen Anda?