Terkesan Tragedi Ibu Bapa Arfan, Lelaki Titip Pesanan Deep Untuk Semua Rider

Beberapa hari lepas, seluruh negara telah dikejutkan dengan insiden nahas melibatkan anggota polis iaitu Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin. Di samping mendapat perkhabaran bahawa wanita berusia 27 tahun itu sedang hamil anak kembar, ramai turut sebak tatkala melihatkan tingkah laku si anak sulung iaitu Muhammad Arfan Ziqri yang tidak tahu langsung apa sebenarnya tragedi melibatkan ibu dan ayah tercintanya.

BACA: Pesanan Terakhir Buat Si Anak, Ibu Bapa Pergi Bersama Kembar Dalam Kandungan

Antara posting yang pernah dibuat oleh kakak Allahyarham Syakiran

Arfan panggil ibu dalam tidur

Tak sampai beberapa hari pemergian yang penuh tragis itu, dikhabarkan pula bahawa kanak-kanak yang hampir berusia 2 tahun itu mula rindu terhadap kedua-dua orang tuanya hinggakan mengigau dalam tidur. Perkara itu didedahkan sendiri oleh nenek sebelah keluarga ibunya, iaitu Fauziah Dollah yang kini turut menjaga kebajikan si comel tersebut di Kadok, Kota Bharu.

Saya sedih dengar Arfan mengigau malam tadi (sehari lepas kejadian), sambil memanggil ibunya. Lepas kehilangan itu, Arfan seperti tercari-cari ibu & abinya selain tak ceria macam selalu. Mungkin kerana terlalu rindukan mereka..

Ingatlah anak yang sedang menunggu di rumah

Seolah-olah tersentak dengan peristiwa terbabit, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Marzuki Zulkufly ada menitipkan pesanan yang deep buat para penunggang motosikal di luar sana. Walau apa pun yang terjadi di jalan raya, katanya setiap orang perlu ingat bahawa ada yang sentiasa menanti kepulangan seperti yang dapat dilihat menerusi beberapa foto anak lelakinya ini.

Bawa motor buanglah ego…biar lambat asal selamat

Tak dinafikan bahawa terdapat bermacam jenis pengguna jalan raya yang selalu kelihatan apabila melaluinya. Ujar Marzuki, dia tak pernah sesekali mengendahkan sikap buruk tersebut dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Tambahnya lagi, seseorang rider perlu membuang ego tinggi di jalan raya agar dapat mengawal semua situasi dalam keadaan yang terbaik.

Sumber: BH Online, FB Marzuki Zulkufly & Nuraz Shamsuddin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?