Isu Semasa

Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam

Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam

Sharing is caring!

Hari ini dilihat ramai mengeluh mengenai situasi penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ternyata boleh menjejaskan sumber pendapatan. Bagi mereka yang sememangnya hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang pasti akan lebih terkesan dengan keadaan tesebut. Begitulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang pernah menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sebagai sumber rezeki.

BACA : Warga Emas Tolak Gunakan Ventilator, Beri Keutamaan Kepada Yang Lebih Muda


Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam
Gambar sekadar hiasan

Nasi dan garam sebagai makanan harian

Warga emas yang dikenali sebagai Saat Tapah ini hidup sendirian di dalam rumah pusaka usang selepas berpisah dengan keluarganya. Dia yang kini tidak mampu untuk bekerja kerana faktor usia selain mengalami masalah kesihatan hanya menjadikan nasi dan garam sebagai makanan harian. Lebih menghibakan, warga emas berumur 69 tahun itu memberitahu sepanjang tempoh PKP dijalankan dia hanya menjamah 3 keping roti setiap hari.

Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam

Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam
Kredit foto : Harian Metro

Ada seorang anak, tapi..

Menurut warga emas berkenaan, hasil perkahwinannya dulu dia dikurniakan seorang zuriat lelaki. naum anaknya yang berusia 30-an itu telah mengilangkan diri sejak berumur 16 tahun dan kini difahamkan berada di Ipoh. Dalam pada itu, anak saudaranya juga memaklumkan Saat pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib. namun dukacitanya sehingga kini masih tidak mendapat sebarang maklum balas.


Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam
Kredit foto : Harian Metro

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam

Sharing is caring!