Malam tadi, bayi perempuan yang tular kerana menghidap ‘Germ Cell Tum0r’ telah pun berlepas ke London, United Kingdom untuk menerima rawatan terbaik bagi mengubati keadaan tersebut. Bayi berusia 9 bulan itu ditemani oleh kedua ibu bapanya, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi bersama beberapa lagi orang doktor yang perlu memantau keadaannya. Hal ini kerana adik Ainul masih berdepan beberapa risiko ketika dalam penerbangan.
BACA: Ainul Mardhiah Bakal Ke London Khamis Ini, Tapi Dr Amalina Risaukan Risiko..
Persiapan rapi adik Ainul yang dilakukan oleh Dato’ Dr Jaseemuddeen Abu Bakar
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Menurut laporan berita, kos rawatan di London itu sahaja dianggarkan berjumlah lebih daripada RM 1 juta. Dalam pada itu, pakar bed4h Malaysia yang sedang berpangkalan di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri juga telah melakukan persiapan untuk segera merawat Adik Ainul bersama sekumpulan lagi pakar dari negara berkenaan.
Sekitar waktu sebelum berlepas ke London…
Terbaru, menerusi satu status yang dikongsi oleh Ahmad Safiuddin di FB miliknya sebentar tadi, mereka sekeluarga telah pun tiba ke London dengan selamat. Dia turut mengucapkan syukur dan bangga dengan anak perempuannya itu kerana berjaya mengharungi risiko semasa dalam penerbangan ke sana, yang turut dibantu oleh sekumpulan doktor pengiring.
You’re a fighter, Sikit lagi kakak!
Sumber: FB Ahmad Safiuddin
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura