Isu Semasa

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Sharing is caring!

18 Mac 2020 bermulanya hari Perintah Kawalan Pergerakan yang harus dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada perkerja sektor awam mahupun swasta. Lebih mengejutkan, masyarakat seakan-akan tidak dapat dikawal kerana takut dengan apa yang akan mereka dihadapi sepanjang tempoh 2 minggu ini. Ada pihak yang meluahkan kebimbangannya lebih-lebih lagi kepada kebanyakan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

BACA: Doktor Pesan Jangan Ego, Ramai Lagi Perlu Dapatkan Alat Bantuan Pernafasan

Hub Transportasi Bandar Tasik Selatan (TBS) dibanjiri manusia

Doktor Sakinah Sulong mengatakan akan kerisauannya apabila mendapat tahu Hub Transportasi Bandar Tasik Selatan (TBS) dibanjiri oleh manusia kerana ingin mematuhi arahan daripada pihak pentadbiran. Seharusnya, mengurangkan pergerakan bukanlah bermakna hanya perlu pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, cukuplah sekadar melakukan aktiviti di dalam rumah sama ada belajar mahupun bekerja. 

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT


Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPTJangan dedahkan diri dengan risiko, batalkan perjalanan jika boleh

Di samping itu, beliau juga menyeru kepada masyarakat terutama pelajar supaya menjauhkan diri dari tempat-tempat yang padat dengan manusia. Demi mengelakkan risiko dijangkiti COVID-19, dari awal orang awam harus berwaspada dan lebih baik membuat aktiviti harian di rumah. Fenomena ‘lautan manusia’ yang berlaku ini mungkin juga kerana orang ramai kurang faham dengan perlaksanaan PKP yang sebenar.

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Netizen luah terpaksa akur arahan pihak atasan

Walaupun risiko dijangkiti mungkin tinggi ketika pelajar berpusu-pusu pulang ke kampung halaman,tiada pilihan kecuali terpaksa mengikut arahan daripada pihak IPT. Selepas arahan tersebut dibuat, rata-rata ahli keluarga risau dengan nasib pelajar dan mengambil keputusan untuk membawa mereka pulang ke kampung. 


Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Sumber: Facebook Sakinah Sulong


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini