Cinta Inspirasi Viral

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Zaman sekarang, berjumpa dengan perempuan yang sanggup bersama daripada pasangannya tidak mempunyai apa-apa kemewahan bukanlah satu perkara mudah. Namun bagi yang kekal setia sehingga berjaya ke jinjang pelamin pula, kita dapat rasakan keikhlasan mereka sejak zaman bercinta lagi sama ada sejenis kuat merungut atau tetap bersabar tatkala ditimpa ujian.


BACA: [VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

Keluar naik motor, tiba-tiba hujan turun pula…Kenalah berteduh kat bus stop

Sebuah video dimuat naik oleh Amirul Asyraaf tular di TikTok, merakamkan saat dia diuji ketika sedang keluar dengan buah hatinya. Oleh kerana hujan tiba-tiba turun, mereka terpaksa memberhentikan perjalanan dan berteduh di sebuah hentian bas.


Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Sabar ye awak…One day kita naik kereta pula

Rakaman ini telah menarik perhatian warganet apabila melihat reaksi gadis bertudung hitam berkenaan tetap tenang walaupun ramai pengguna jalan raya lain lalu-lalang di kawasan itu. Menghargai sikap buah hatinya, Asyraaf memintanya terus bersabar sehingga mereka dapat naik kereta bersama satu hari nanti.


@asyraafmkhtr

Sabar ye awak , one day kita naik kereta pulak 🥲#fyp #foryoupage

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Dia layak senang dengan kau bro bila kau berjaya nanti…Simpan elok-elok, jangan tinggal

Sejak dikongsikan semalam, video berdurasi 10 saat tersebut meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kesanggupan gadis berkenaan untuk tetap bersama dengan Asyraaf. Mereka juga sempat mengingatkan pemuda tersebut untuk tidak melupakan jasa pasangannya itu.

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Sumber: TikTok asyraafmkhtr

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terpaksa Berteduh Di Bus Stop Kerana Hujan, Gadis Ini Dipuji Tidak Mengeluh

Facebook

Telegram