Hiburan Isu Semasa Viral

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Adat sebuah pertandingan pasti ada kalah dan menang. Seperti diketahui umum, pasukan JDT telah ditawan oleh KL City dalam perlawanan akhir bola sepak TM Piala Malaysia sekali gus menyebabkan para penyokong juara bertahan berkenaan pulang dengan kekecewaaan.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Bila member kau terpaling Johor dalam asrama…Duduk terperap jelah JDT kalah

Gara-gara menjadi seorang daripada penyokong JDT, seorang pelajar lelaki di sebuah asrama ibarat ‘terperap’ sendirian dalam biliknya akibat sedih dengan keputusan malam tadi. Dengan wajah sugul yang tertutup sedikit oleh hoodie, dia terlihat asyik bermain handphone.

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Tengah duduk sorang-sorang, tiba-tiba member datang bilik berjemaah…Nak menganjing je rupanya

Namun siapa sangka, rakan-rakan dari bilik lain tiba-tiba datang secara ‘berjemaah’ ke biliknya sambil bersorak menyanyikan lagu ‘Luaskan Kuasamu Johor’ untuk memerli kekalahan pasukan kegemarannya. Oleh kerana bengang serta tidak dapat menahan malu, lelaki tersebut hanya mampu menutup mukanya dengan selimut bercorak harimau yang dipegangnya.

@amkedekkedek

Murung member 👀😂 #fyp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Koyak beb hahaha get well soon bro…Adui kesian kawannya tu

Sejak dikongsikan 11 jam lalu, video yang tular di akaun TikTok @Ilham Anak Cikgu ini meraih hampir 150 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur serta kasihan melihat gelagat lelaki itu ‘diusik’ rakan-rakannya.

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Kredit: TikTok Ilham Anak Cikgu

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terperap Di Bilik Bila JDT Kalah, Panas Telinga Kawan Pula Datang Menganjing

Facebook

Telegram