Family

9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata

9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata 1

Sharing is caring!

Gara-gara pandemik Covid-19 yang masih belum ada penawarnya, ramai pihak terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana menetap atau bertugas di kawasan lain. Hakikatnya, ibu bapa mana yang tak rindu dan risau terhadap soal keselamatan anak pada waktu yang penuh mencabar ini. Justeru, peluang balik ke rumah boleh dianggap sebagai rahmat bagi keluarga yang terkesan.

BACA: Lama Tak Balik Sebab COVID-19, Reaksi Anak Askar Excited Jumpa Papa Sebak Habis

Berpeluang sambut Deepavali lepas 9 bulan tak jejak rumah…reaksi ibu dapat surprise kepulangan anak sebak habis

Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki bernama Adrian Ervin tatkala dapat pulang ke pangkuan keluarga setelah 9 bulan terpisah. Dia dan isteri malah sempat merancang untuk buat kejutan istimewa kepada ibunya yang berada di rumah. Sejurus terlihat wajah anak lelaki yang amat dirindukan, wanita tersebut lantas memeluk serta mengucup Adrian berulang-ulang kali kerana langsung tak menyangka jejaka tersebut akan sambut Deepavali bersama.


@adrianervin

the unconditional love they have towards me.seeing them after 9 months.they missed me so much#fyp #doglovers @maiyuri_145 @mayasharu2310

♬ original sound – AnushaMol2909 – AnushaMol2909

@mayasharu2310

He come back home after 9 months 🥰🥰🥰 @adrianervin @maiyuri_145 @rajes0306

♬ original sound – Thivashini Krishnan – Thivashini Krishnan

Kasih sayang amma (ibu) tu sangat pure & tak ternilai…enjoy sambut Deepavali bersama keluarga tercinta

Susulan reaksi daripada ibu lelaki tersebut, rata-rata netizen mengakui sangat tersentuh dan sebak apabila melihat moment tersebut. Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan ini adalah hadiah terbaik bagi keluarga tersebut sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba. Video berkenaan telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini di aplikasi TikTok.

9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata

9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata


9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata

Sumber: TikTok mayasharu2310


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini