Viral Tips

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah

Sharing is caring!

Baru-baru ini, tular di laman media sosial sekeping foto menunjukkan seorang lelaki mengisi minyak diesel ke dalam keretanya. Gambar berkenaan telah menarik perhatian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @morpheuse dan membuatkan dia terpanggil untuk berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah ini.

BACA: Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta


Jangan start enjin, terus telefon tow truck untuk hantar ke bengkel

Menurut pemuda berkenaan, perkara pertama yang harus dilakukan jika anda tersalah isi minyak adalah tidak menghidupkan enjin kereta. Sebaliknya, terus menghubungi perkhidmatan tow truck untuk dihantar ke bengkel kereta yang berdekatan. Namun jika anda yakin hanya 10% sahaja diesel yang sudah terisi, tangki minyak boleh dipenuhkan kembali dengan minyak petrol biasa.

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah

 

Pelik juga sebab biasanya pam diesel lebih besar berbanding petrol

Lelaki berkenaan mengakui agak pelik melihat kejadian terbabit kerana melalui pengalamannya dahulu, kepala pam diesel lebih besar dan tidak muat untuk memasuki lubang petrol. Tambah pemuda ini lagi, kos untuk mencuci tangki minyak di bengkel kereta biasa lebih murah berbanding service center.


Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah
Gambar Sekadar Hiasan

 

Keluar jelaga daripada ekzos dan boleh sebabkan kerosakan enjin yang serius

Mengulas lanjut, lelaki ini memaklumkan bahawa kesan daripada kecuaian tersebut boleh menyebabkan kelancaran enjin terganggu sehingga keluar asap hitam. Jika kenderaan itu tetap dipandu, ia boleh menyebabkan kerosakan enjin yang serius serta memakan kos baik pulih yang lebih tinggi.

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah

Tersalah Isi Minyak Diesel Dalam Kereta? Pemuda Kongsi Jalan Penyelesaian Mudah
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter @kertasgraf, @morpheuse


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!