Inspirasi Kehidupan Viral

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Walaupun tidak dikurniakan akal fikiran, semua haiwan berhak menjalani kehidupan dengan selesa dan sempurna. Biarpun dicipta dengan saiz yang kecil, namun ia bukan alasan untuk menyakiti ciptaan Tuhan itu. Samalah seperti nasib yang dihadapi oleh seekor kucing sehingga telah mencuri tumpuan ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini.

BACA: Kucing Setia Menunggu Di Pusara Tuan, Anak Pula Dedah Jasa Ayah Ketika Hayatnya

Tidak layak engkau dipanggil manusia jika berkelakuan tidak berhati perut

Menerusi perkongsian fazrinnizam, dia pada awalnya telah terserempak dengan seekor kucing ketika menuju ke tempat kerja. Namun dirinya tersentak serta sedih selepas melihat perubahan warna pada bulu haiwan tersebut. Difahamkan, si bulus berkenaan telah disembur dengan spray cat oleh individu tidak bertanggungjawab.

@fazrinnizam

Tidak layak engkau dipanggil manusia jika berkelakuan kejam sebegini. #cat #catlover #muhasabahdiri

♬ original sound – humariah – humariah

Semoga yang memperlakukan sedemikian kepada haiwan terbuka hati untuk menyayangi dan berubah kearah yang lebih baik

Tidak sanggup membiarkan si comel teraniaya, pemuda berkenaan difahamkan telah kembali ke lokasi tersebut dan membawanya pulang. Berdasarkan sorotan terbaharu, dia dilihat gigih mengelap kesan warna pada bulunya sehingga ia kembali ke rupa asal. Pada masa sama, jejaka itu sempat memberikan sedikit makanan dan kini berusaha untuk memeliharanya.

@fazrinnizam

Reply to @syamimi2711 Part 2, Semoga yg memperlakukan sedemikian kpd haiwan terbuka hati untuk menyayangi dan berubah kearah yang lebih baik. 🥰✨ #cat #catlover #fyp

♬ Ya Allah – Wali

Sebab tu saya tak nak lepaskan kucing-kucing saya ke luar rumah…takut jadi macam ini lah

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati melihat nasib si bulus yang diperlakukan seperti itu. Malah, mereka juga memuji tindakan lelaki berkenaan selain berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Kredit: TikTok fazrinnizam

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Facebook

Telegram

Kasut