Pasti masih ramai yang teringat, 2 minggu lalu pentas ‘Big Stage 2022’ cukup hangat dengan kontroversi pemilihan bekas peserta Iqbal Zulkefli. Walau bagaimanapun, pemuda tersebut hanya dapat bertahan sehingga minggu ke-2 sahaja sebelum disingkirkan setelah meraih markah paling rendah.
BACA: Dapat Pujian Melambung TokTi & Ajai, Mummy Jerung Keluar Taring Di Ranking Ke 2
Satu persembahan yang sangat menyentuh hati
Pada minggu ke-3 semalam, barisan 11 lagi peserta lain melakukan persembahan masing-masing dengan cukup hebat. Antara sering menjadi perhatian adalah Aishah Retno apabila tampil membawakan lagu yang cukup dekat di hati ramai iaitu ‘Kesetiaan’ nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah.
Bukan, biasa-biasa gais…Part kamera zoom TokTi, ramai terus tak tahan
Dengan iringan piano serta violin, alunan suara Aishah kedengaran cukup luluh dan sampai ke hati penonton. Tak disangka-sangka, TokTi selaku juri utama dilihat tunduk sebak lalu menitiskan air mata. Lantas membuatkan peserta tersebut juga kedengaran berat untuk menghabiskan nyanyiannya.
@tengku_quden Serius best but xde saper dpt ganti arwah… #malaysia #indonesia #kesetian #bigstage #bigstage2022 #foryou #aisharetno
Saya teringat kat Allahyarhamah, tu je…Alang-alang kita sedekahkan Al Fatihah pada dia
Ketika ditanya Sherry, TokTi mengakui dirinya tiba-tiba sahaja teringatkan Allahyarhamah sewaktu lagu tersebut dinyanyikan. Sebelum melontarkan komen terhadap persembahan berkenaan, Ajai telah pun meminta semua yang ada disitu untuk bertafakur sebentar sambil mengetuai bacaan Al-Fatihah.
@memes.puaka Reply to @nshuehad al fatihah buat arwah Siti Sarah 🥺 #fypシ #esekeli #berandatiktok #bigstage2022
Kredit: TikTok memes puaka, tengku quden & Instagram Astro Gempak
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
