Viral

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Sharing is caring!

Sering tampil dengan imej bad boy apabila mempersembahkan nyanyian rap dalam kebanyakan lagu kumpulan mereka, nama besar MK K-Clique tidak perlu diperkenalkan lagi. Bahkan kemunculannya dalam video muzik ‘Peluang Kedua’ bersama Nabila Razali tempoh lalu mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Ringkasnya, kelibat artis yang juga dikenali Hairiwhuut ini sentiasa saja mencuri perhatian penuh peminat khususnya anak-anak muda.


BACA : [VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama MK

MK santai makan dekat warung tepi jalan…Tak sombong ditegur

Beberapa hari yang lalu, seorang pemuda dengan akaun TikTok @hafiz.syofian juga seakan-akan mendapat peluang keemasan apabila secara tak sengaja terserempak dengan rapper berkenaan di sebuah warung makanan tepi jalan. Ditemani oleh beberapa orang individu lain di meja sama, dia kelihatan sedang berselera menjamu selera menggunakan tangan dengan tenang. Dalam keadaan selamba, Hafiz telah memanggil MK umpama menegur rakannya sendiri sebelum artis berkenaan menyedari namanya diseru seseorang. Tidak sombong apalagi berperangai ‘kekwat’, dia melemparkan senyuman manis seikhlas hati.


@hafiz.syofian

Ramai Perempuan Cakap MK Makan Pon Handsome Betul Erkk ? 🤨 #fypシ #fyp

♬ Peluang Kedua – Nabila Razali

Artis bila dipanggil jarang nak mencari macam tu

Mereka berdua juga sempat bergambar berdekatan kedai makan tersebut. Mungkin reaksi yang ditunjukkan oleh MK nampak biasa sahaja, bukan? Akan tetapi, interaksinya bersama peminat telah meraih pujian ramai. Video ini bukan sahaja mendapat lebih 1.6 juta tontonan, malahan mereka menyifatkan rapper berkenaan sangat humble meskipun sudah memperolehi populariti luar biasa kini.

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Sumber : TikTok hafiz sofian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini