Viral

Tersilap Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas ‘GV8’, Upiak Tak Kuat Dikecam Orang

Tersilap Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas ‘GV8’, Upiak Tak Kuat Dikecam Orang

Kemunculan peserta dari Indonesia bernama Upiak Isil di pentas Gegar Vaganza Ahad lalu telah meraih pujian daripada Dato Syafinaz yang mengatakan suaranya merdu. Pun begitu akibat nervous, penyanyi lagu Tak Tun Tuang tersebut telah melakukan sedikit kesalahan semasa membuat persembahan.


BACA: Nyanyian Lunak Di Konsert Pembukaan, Adibah Noor Dijangka Bakal Jadi Juara GV8

Waktu rehearsal memang kita jauhkan mikrofon… Tapi saya nervous, ni pertama kali join pertandingan

Walaupun sudah biasakan diri menjauhkan mikrofon sewaktu berlatih, Upiak terlupa untuk mempraktikkannya ketika membuat persembahan sebenar. Semasa sesi pemberian komen, para juri sempat berseloroh amat terkejut tatkala peserta berkenaan tiba-tiba mengeluarkan suara high pitch.


Upiak akan kurang confident kalau baca komen macam tu…Saya belajar untuk tak peduli dengan komen tu

Gara-gara itu juga, netizen mula memberikan komen negatif di media sosialnya. Ketika ditemu bual oleh wartawan mStar, penyanyi Indonesia ini berterus terus terang bahawa dia seseorang yang mudah terkesan hingga mengurangkan keyakinan dirinya. Oleh sebab itu, mahu atau tidak dia cuba untuk pekakkan telinga dengan kata-kata negatif yang diberikan.

Tersilap Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas ‘GV8’, Upiak Tak Kuat Dikecam Orang

Saya dah 2 bulan tak bercakap dengan family…Kalau banyak fikir Upiak akan asingkan diri & buat lagu

Mengenangkan perasaan keluarganya di negara seberang, Upiak mengaku sudah lama tidak berhubung dengan mereka. Sebagai inisiatif buat dirinya, wanita tersebut akan sibukkan diri dengan menulis lagu tiap kali dia mula memikirkan masalah dihadapinya itu.


Sumber: Instagram upiak_isil_official & Youtube mStar Online Malaysia 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tersilap Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas ‘GV8’, Upiak Tak Kuat Dikecam Orang

Facebook

Telegram