Di mata orang luar, golongan suri rumah nampak seperti insan yang paling tidak penat memandangkan tak keluar bekerja. Bukan itu saja, tugas mereka turut kerap dipandang sebelah mata sebagai tukang jaga anak, memasak dan sekadar membersihkan kediaman sahaja. Namun dalam diam, para isteri yang 24 jam mengulang rutin sama setiap hari ini sebenarnya mudah mengalami tekanan.
BACA : Bukan Tak Sayang.. Ibu Derita Depresi Sanggup Berhabis Duit Demi Anak Autisme
Orang melihat aku hebat, sabar & kuat uruskan anak
Namun demi anak-anak, mereka selalu menguatkan diri selain enggan membuatkan suami yang keluar mencari rezeki menjadi risau. Selain memendam sendiri rasa penat, pastinya ramai suri rumah pernah berhadapan dengan situasi di bawah ini bukan? Walaupun terlihat sebagai seorang ibu kuat dan sabar, nyatanya ada kesedihan yang tersimpan rapi.
Realitinya aku mudah menangis…Tolong fahami aku
Menjaga 2 orang anak kecil sendirian di rumah, dia merasa sangat penat sehingga mengurungkan diri sebentar di dalam bilik tidur. Dengan suara anak yang menangis terpekik-pekik di luar, wanita ini terduduk di dalam sambil menutup telinga untuk menenangkan jiwa sendiri.
@zhyandrabl tidak ada yang ngerti kenyataannya bagaimana. #parentsoftiktok #rumahtangga #ibuhebat #momsoftiktok
Saya di fasa ni, i feel you…Uruskan 3 orang anak kecik sendiri tanpa bantuan sesiapa pun
Seakan memahami dilema yang dirasai oleh wanita tersebut, ramai netizen memberikannya kata-kata semangat. Sejak dimuat naik ke lama TikTok, rakaman pendek berkenaan berjaya meraih berjuta-juta tontonan daripada netizen.
Kredit : TikTok zhyandrabl
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
