Viral Isu Semasa

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Sharing is caring!

Bukan sahaja tahap kesihatan fizikal yang perlu dijaga tetapi daripada segi psikologi juga haruslah dipantau. Terutama sekali bagi penghidap masalah kesihatan yang kronik. Jika tidak dijaga dengan baik, pemikiran dan emosi individu berkenaan boleh terganggu seperti kejadian yang berlaku kepada wanita ini sekitar semalam.

BACA: Ibu Muda Hamil Ajal Digilis Treler, Sempat Kirim Adik-Beradik Duit Belanja


Terjun diri dari tingkat 7, wanita hilang nyawa kerana alami kecederaan di kepala

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita di Kuantan telah ditemui tidak bernyawa setelah terjun dari tingkat 7. Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah Kuantan, Pahang itu telah menyaksikan individu berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepalanya.

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Panjat dinding penghadang sebelum terjunkan diri di bahagian hujung kawasan parkir

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, kamera litar tertutup (CCTV) kompleks berkenaan telah merakamkan wanita berusia 45 tahun terbabit memandu sebuah kereta dan parking di tingkat lima. Setelah itu, dia naik ke tingkat 7 dan memanjat dinding penghadang sebelum meniti sehingga ke bahagian hujung sebelum terjun.


Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Tertekan kerana disahkan menghidap kanser usus semula

Menerusi siasatan awal, suami kepada wanita berkenaan memaklumkan bahawa isterinya pernah sembuh daripada barah usus. Akan tetapi, dia disahkan menghidap semula masalah kesihatan yang sama sekitar Mac lalu dan sedang menjalani rawatan kimoterapi. Disebabkan daripada itu, isterinya mengalami tekanan perasaan dan tidak dapat tidur dengan lena kerana masalah berkenaan.

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Ajal Terjun Bangunan Beli-Belah

Sumber: FB Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!