Viral

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Umum tahu, sukar bagi kebanyakan ibu bapa membuat keputusan menggunakan khidmat pengasuh terutamanya melibatkan anak kecil seperti bayi. Mana tidaknya, hampir setiap hari ada sahaja berita meruntun hati dilaporkan di dada akhbar. Malah inilah juga menjadi dilema para ibu bapa yang bekerja kerana bimbang anak mereka mendapat layanan teruk daripada penjaga.


BACA : Doktor Terkedu Dadu ‘;Bersarang’ 3 Tahun Di Hidung, Puas Pujuk Baru Anak Mengaku

Didenda hampir RM6,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah

Terbaharu, nasib malang menimpa seorang bayi berusia 10 bulan yang dipercayai dianiaya oleh pengasuh yang merupakan jirannya telah menarik perhatian ramai. Berang gara-gara tidak berhenti menangis, suspek kemudian bertindak mencubit bayi berkenaan pada kedua-dua belah telinga dalam kejadian di Taman Melati, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu. Susulan daripada insiden itu, suri rumah berkenaan didenda hampir RM6,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya.


Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi
Gambar Sekadar Hiasan

Geram sebab kerap menangis & keadaan rumah tak ada air..

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, tindakan tersebut dilakukan disebabkan tertekan kerana bayi berkenaan kerap menangis selain ketiadaan air di rumah sewaktu kejadian. Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira usia bayi berkenaan yang masih kecil. Bagaimanapun, suspek yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun selain tidak bekerja.


Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi
Gambar Sekadar Hiasan

Tertuduh seharusnya menjaga dia seperti anaknya sendiri..

Terdahulu, ibu bayi lelaki berkenaan ternampak beberapa kesan merah-kemerahan pada kedua-dua belah telinga serta tangan kiri sewaktu menjemputnya pulang dari rumah pengasuh. Meskipun awalnya suspek berkata perkara itu dilakukan oleh anak kandungnya, namun dia akhirnya mengaku melakukan hal itu pada bayi berkenaan kerana tertekan.

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tertekan Rumah Tiada Air & Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Facebook

Telegram