Hiburan Viral

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Bermula minggu lepas, rancangan MeleTOP membuat kelainan dengan mewujudkan segmen ‘Battle Challenge’. Penampilan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Norhaliza dan Hetty Koes Endang episod lalu telah menarik perhatian penonton apabila beliau cuba meniru suara wanita dari Indonesia itu. Siapa sangka, gelagat artis minggu ini turut menghiburkan netizen.


BACA: Nana Hos Apa? Kalahkan 4 Calon Hebat, Kemenangan Siti Nordiana Dipertikai

Nana nak buat lagu yang rancak, sebab lagu Nana banyak yang slow…Jadi Nana terfikir nak buat dengan artis baru

Dalam episod kedua MeleTOP tahun 2022 malam tadi, penyanyi Siti Nordiana dan Bunga Isme tampil sebagai artis jemputan. Ditanyakan mengenai pemilihan penyanyi baru itu dalam lagu terbaharunya, wanita berumur 34 tahun ini akui genre yang dibawa selama ini banyak bersifat slow. Oleh itu, kemunculan gadis tersebut adalah untuk menghasilkan alunan muzik lebih fresh sesuai dengan masa ini.


Segmen battle ni baru start minggu lepas…Nana diberi lagu BBNU, Bunga pula lagu yang legend

Selepas tamat sesi temu bual, kedua-dua artis jemputan diminta ke pentas persembahan untuk melakukan ‘battle challenge‘. Berbeza sedikit dengan cabaran minggu lepas, kali ini Siti Nordiana dikehendaki menyanyikan lagu-lagu ‘BBNU’ manakala Bunga pula akan mendendangkan yang legend. Semasa asyik menari, kain kuning Siti Nordiana rupa-rupanya telah ‘mencuri’ perhatian penonton kerana ia melantun-lantun mengikut gerakan tuannya.


@qis.syyyyy

skirt tu 😭🤣 #sitinordiana #fypシ

♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Dah agak, mesti viral skirt ni…Macam ada spring je skirt dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat situasi itu. Rupa-rupanya ramai antara mereka yang menunggu-nunggu perkara ini viral. Bukan itu sahaja, ada juga sempat berseloroh mengatakan skirt berkenaan diperbuat daripada spring.

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Kredit: Instagram Siti Nordiana, Youtube MeleTOP, TikTok qisssy & Instagram MeleTOP

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Teruja Buat Challenge, Netizen Terhibur Skirt Siti Nordiana Melantun-Lantun

Facebook

Telegram