Cinta Kehidupan Viral

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Bagi pasangan yang sudah lama bercinta dan mengenal hati budi masing-masing, langkah seterusnya sudah pasti ingin menghalalkan hubungan terjalin selama ini. Namun siapa sangka couple ini akan melangkah ke peringkat berikutnya dalam satu suasana yang cukup unik.


BACA: Pengantin Hampir Diterkam, Netizen Terhibur Mak Kuat Melatah Asyik Diusik

@miraeshi96

Officially graduated in Bachelor of Arts with Education ( honour) 🎓💜 #fypdongggggggg #foryou @syafiqahnazib

♬ yeah hot people use this sound – cxaluv

Convocation day…Allah sebaik-baik perancang

Selepas majlis graduasi di kebanyakan universiti ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19, seorang gadis di TikTok bernama miraeshi96 akhirnya berpeluang menyarungkan jubah. Selepas bergelar mahasiswi selama beberapa tahun di Universiti Sains Malaysia, dia kini merupakan pemilik sijil Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan.


@miraeshi96

Convocation Day 🎓💜 Allah is the best planner indeed !! USM convo outfit is the prettiest 🤩🥳 #convocationday #usm

♬ La La La – Phương nhi

Tak tahu nak describe macam mana feeling kena surprise merisik after convo ni…Semoga 2022 adalah tahun kita

Tatkala sedang bergembira pada hari graduasinya, siapa sangka gadis berumur 25 tahun ini mendapat satu kejutan istimewa daripada jejaka dicintainya yang bernama Hanif. Rupa-rupanya pada hari tersebut, keluarga lelaki itu turut datang ke sana untuk merisik Amira dengan membawa sebentuk cincin untuk disarungkan.


@miraeshi96

Taktahu nak describe mcm mana feeling kene surprise merisik after convo ni . Double triple happiness in my life . Im So luckyyy to have you 😭 !! Semoga tahun 2022 adalah tahun kita 🤍 pray for me !! #convocation #convocationrings #usm #fypdongggggggg

♬ Ragu – justme

Seronoknya dapat macam ni…Kalau aku dah menangis meraung kat situ, tahniah sis

Sejak dikongsikan 18 jam lalu, video berkenaan telah meraih hampir 280 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira melihat kejutan diberikan. Mereka juga sempat berseloroh menginginkan perkara sama terjadi.

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Kredit: Instagram _miraeshi & TikTok miraeshi96

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Teruja Dapat Sarung Jubah, Gadis Terkejut Hari Graduasi Bertukar Majlis Merisik

Facebook

Telegram